Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksAnak Laqit

Permohonan bagi mengasuh anak laqit (anak pungut) boleh dihadapkan terus secara bersurat kepada Pengarah Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam.


KRITERIA PEMOHON

  • Kedua-dua pemohon merupakan warga negara Negara Brunei Darussalam
  • Beragama Islam
  • Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun lebih tua daripada anak yang dipohonkan dan tidak melebihi 40 tahun
  • Tempoh perkahwinan telah mencapai sekurang-kurangnya 5 tahun

PROSES PERMOHONAN ANAK LAQIT

Setiap permohonan yang diterima akan disiasat bagi penilaian awal Jabatan ini. Pasangan pemohon akan dihubungi untuk temujanji bersama pihak Jabatan ini bagi tujuan pendekatan


DOKUMEN YANG DIBAWA SEMASA TEMUBUAL

  • Kad Pengenalan suami isteri
  • Sijil nikah
  • Laporan Doktor
  • Salinan pendapatan seperti slip gaji (terkini)
  • Kad Pengenalan/Surat beranak anak kandong, jika ada
  • Dokumen lain yang berkaitan

BAGAIMANA PERMOHONAN ANAK LAQIT DIPROSES

Permohonan yang telah lengkap akan diteliti dan dinilai lagi oleh satu jawatankuasa khas yang dikenali sebagai Kumpulan Bertindak Ke Atas Perlindungan Kanak-Kanak. Ahli kepada jawatankuasa ini terdiri dari beberapa agensi kerajaan yang berkenaan dinegara ini. 

Setiap permohonan yang berjaya akan dimaklumkan dan dipanggil ke Jabatan Pembangunan Masyarakat. Bagi permohonan yang tidak berjaya akan dimaklumkan secara bersurat.