Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada
tahun ini telah menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan ASEAN
bagi Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan dan Mesyuarat
Berkaitan Kali Ke-21 (21st ASEAN Senior Officials Meeting on Rural Development and
Poverty Eradication (21st SOMRDPE and Related Meetings) yang sedang berlangsung
pada hari ini hingga 14 November 2024. Mesyuarat diadakan di The Rizqun International
Hotel, Gadong.
Pada hari pertama, acara dimulakan dengan 13th ASEAN Public Private People
Partnership Forum on Rural Development and Poverty Eradication (13th PPP RDPE
Forum) dengan tema “Youths as Agents of Change Towards a Resilient ASEAN:
Strengthening the Role of Youths in Poverty Eradication and Rural Development”.
Forum yang diadakan di bawah tema yang dinyatakan ini akan memberi tumpuan
kepada pengiktirafan dan memperkasakan golongan muda dalam menangani cabaran
pembasmian kemiskinan dan pembangunan luar bandar, serta memimpin ke arah
pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan.
Forum dipengerusikan bersama oleh YM Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari, Setiausaha
Tetap Kemasyarakatan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan YM Awang
Abdul Walid bin Haji Matassan, Setiausaha Tetap (Perbandaran dan Daerah)
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Forum didahului dengan ucapan alu-aluan
daripada YM Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari. Dalam ucapannya, beliau menekankan
tentang kepentingan untuk mengiktiraf peranan kritikal yang dimainkan oleh belia
sebagai ejen perubahan. Belia bukan sekadar pemimpin hari esok, belia adalah
pemimpin masa kini. Beliau juga berucap golongan muda di seluruh ASEAN berada di barisan hadapan dalam pembangunan luar bandar dan pembasmian kemiskinan,
menyumbang sebagai usahawan, sukarelawan, peguam bela dan inovator. Tenaga,
kreativiti dan keazaman para belia yang mendorong penyelesaian baharu kepada
cabaran yang berpanjangan, menjadikan penglibatan mereka bukan sahaja bermanfaat
tetapi juga penting. Seterusnya beliau juga berbesar hati untuk meraikan kemajuan
ASEAN dalam mengintegrasikan belia dalam rangka kerja pembangunannya. Inisiatif
seperti Pelan Induk ASEAN mengenai Pembangunan Luar Bandar dan Rangkaian
ASEAN Village telah mengorak langkah dalam memperkasakan belia dan
mengukuhkan komuniti luar bandar.
Forum ini disertai oleh wakil-wakil daripada pihak kerajaan, pertubuhan bukan Kerajaan,
pertubuhan masyarakat sivil (CSO), sektor swasta dari negara-negara ASEAN,
termasuklah para penerima Anugerah Kepimpinan RDPE ASEAN daripada Negara
Brunei Darussalam serta wakil-wakil daripada rakan pembangunan ASEAN.
Forum ini dibahagikan kepada 5 sesi berdasarkan tajuk-tajuk berikut:
Sesi 1: Peranan Usahawan Belia dalam Perubahan Sosial dan Ekonomi
Sesi 2: Penglibatan Belia dan Sukarelawan dalam Pembasmian Kemiskinan
Sesi 3: Menangani Kemiskinan melalui Pendigitalan
Sesi 4: Belia dan Akses Setara kepada Pendidikan serta Program Kemahiran Hidup
Sesi 5: Revitalisasi Luar Bandar untuk Pengurangan Kemiskinan
Seramai 100 orang delegasi menghadiri mesyuarat 21st ASEAN SOMRDPE dan yang
berkaitan daripada negara-negara ASEAN dan negara Campur Tiga.
Forum berakhir dengan ucapan penutup daripada YM Awang Abdul Walid bin Haji
Matassan, Setiausaha Tetap (Perbandaran dan Daerah) Kementerian Hal Ehwal Dalam
Negeri, selaku Pengerusi Bersama Forum. Dalam ucapannya, beliau telah menekankan
dan mengongsikan bahawa salah satu tugas terpenting Kementerian Hal Ehwal Dalam
Negeri untuk bergerak ke hadapan adalah memastikan penyediaan sokongan yang
diperlukan untuk membantu golongan muda yang juga pembuat perubahan selain
menggalakkan penyertaan aktif belia dalam pembangunan luar bandar, pembasmian
kemiskinan, dan proses membuat keputusan merentas semua sektor. Sama ada melalui
keusahawanan, kepimpinan komuniti, atau advokasi untuk pembangunan mampan,
3
golongan muda mesti diberi setiap peluang untuk menyumbang secara bermakna
kepada visi ASEAN yang berdaya tahan.