Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

PENYALAAN LAMPU DI JAMBATAN SULTAN HAJI OMAR 'ALI SAIFUDDIEN (SHOAS) SEMPENA SAMBUTAN HARI WANITA ANTARABANGSA 2024

IMG_5544 copy.jpg

Sebagai usaha untuk menyokong dan memeriahkan lagi sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024, dengan kerjasama Kementerian Pembangunan yang disambut setiap 8 Mac, Negara Brunei Darussalam akan menyalakan lampu berwarna ungu di Jambatan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien (SHOAS) bermula pada hari Khamis, 7 Mac 2024 pukul 7.00 malam dan akan berakhir pada hari Jumaat, 8 Mac 2024 pukul 12 tengah malam.

Penyalaan lampu di Jambatan SHOAS adalah untuk meraikan dan sebagai warna simbolik Sambutan Hari Wanita Antarabangsa yang turut dipraktikkan oleh negara-negara lain.

Justeru itu, orang ramai adalah dijemput untuk mengambil gambar jambatan dan memuatnaik ke dalam media sosial dengan menggunakan hashtag #HWA2024 atau #IWD2024.​

Attachments
Created at 5/30/2024 11:22 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 5/30/2024 11:22 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim