Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN KERAJAAN KEPADA MANGSA KEJADIAN BENCANA

‚ÄčKementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah mengadakan majlis penyerahan bantuan kewangan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan JAPEM kepada seorang ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran rumah di Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Lambak Kanan, Daerah Brunei Muara.

Majlis berlangsung di Bilik Kunjungan, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan disampaikan oleh Yang Berhormat Awang Haji Nazmi bin Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan kepada Awang Haji Julaihi bin Haji Tuah.

Kejadian kebakaran itu berlaku pada 19 Jun 2022 telah merosakkan dapur utama dan dua bilik tidur. Tiada sebarang kecederaan berlaku semasa kejadian.

Mangsa kebakaran menerima bantuan kewangan untuk meringankan kesusahan yang dialami bagi meneruskan kehidupan seharian. Usaha ini menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.

Attachments
Created at 9/1/2022 3:22 PM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 9/1/2022 3:22 PM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim