[Sumber: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan]
Berita: Lee Chin Foo - KKBS
Foto: Hajah Ajijah Ali, Pg Suhaimi bin Pg Hj Othman- KKBS
Bandar Seri Begawan, Rabu, 29 Julai 2020 – Unit Perkembangan Sumber Tenaga Manusia, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah menyelenggarakan kursus secara maya (virtual) yang dikelolakan oleh Institut Perkhidmatan Awam.
Seramai 30 warga KKBS telah menghadiri kursus tersebut di Dewan Citra Budaya, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, sementara jabatan-jabatan lain juga menghadiri kursus yang sama di dewan jabatan masing-masing, mengikut keramaian yang dinasihatkan oleh Kementerian Kesihatan untuk mematuhi segala peraturan dan arahan yang berkaitan dengan langkah-langkah penjarakan sosial.
Kursus pagi tadi disampaikan oleh Yang Mulia Pg Hj Md Ali Noor bin Pg Hj Ismail, dari Kluster Inovasi dan Teknologi Info-Komunikasi, yang bertajuk 'Menangani Perubahan Dalam Norma Baru'.