Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

MESYUARAT PEGAWAI-PEGAWAI KANAN ASEAN BAGI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR DAN PEMBASMIAN KEMISKINAN DAN MESYUARAT BERKAITAN KALI KE-21

20241112-SOMRDPE(Azin)-12.JPG

​Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada tahun ini telah menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan ASEAN bagi Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan dan Mesyuarat Berkaitan Kali Ke-21 (21st ASEAN Senior Officials Meeting on Rural Development and Poverty Eradication (21st SOMRDPE and Related Meetings) yang sedang berlangsung pada hari ini hingga 14 November 2024. Mesyuarat diadakan di The Rizqun International Hotel, Gadong.

Pada hari pertama, acara dimulakan dengan 13th ASEAN Public Private People Partnership Forum on Rural Development and Poverty Eradication (13th PPP RDPE Forum) dengan tema “Youths as Agents of Change Towards a Resilient ASEAN: Strengthening the Role of Youths in Poverty Eradication and Rural Development”. Forum yang diadakan di bawah tema yang dinyatakan ini akan memberi tumpuan kepada pengiktirafan dan memperkasakan golongan muda dalam menangani cabaran pembasmian kemiskinan dan pembangunan luar bandar, serta memimpin ke arah pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan.

20241111-SOMRDPE(aiman)-5.JPG

Forum dipengerusikan bersama oleh YM Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari, Setiausaha Tetap Kemasyarakatan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan YM Awang Abdul Walid bin Haji Matassan, Setiausaha Tetap (Perbandaran dan Daerah) Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Forum didahului dengan ucapan alu-aluan daripada YM Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari. Dalam ucapannya, beliau menekankan tentang kepentingan untuk mengiktiraf peranan kritikal yang dimainkan oleh belia sebagai ejen perubahan. Belia bukan sekadar pemimpin hari esok, belia adalah pemimpin masa kini. Beliau juga berucap golongan muda di seluruh ASEAN berada di barisan hadapan dalam pembangunan luar bandar dan pembasmian kemiskinan, menyumbang sebagai usahawan, sukarelawan, peguam bela dan inovator. Tenaga, kreativiti dan keazaman para belia yang mendorong penyelesaian baharu kepada cabaran yang berpanjangan, menjadikan penglibatan mereka bukan sahaja bermanfaat tetapi juga penting. Seterusnya beliau juga berbesar hati untuk meraikan kemajuan ASEAN dalam mengintegrasikan belia dalam rangka kerja pembangunannya. Inisiatif seperti Pelan Induk ASEAN mengenai Pembangunan Luar Bandar dan Rangkaian ASEAN Village telah mengorak langkah dalam memperkasakan belia dan mengukuhkan komuniti luar bandar.

Forum ini disertai oleh wakil-wakil daripada pihak kerajaan, pertubuhan bukan Kerajaan, pertubuhan masyarakat sivil (CSO), sektor swasta dari negara-negara ASEAN, termasuklah para penerima Anugerah Kepimpinan RDPE ASEAN daripada Negara Brunei Darussalam serta wakil-wakil daripada rakan pembangunan ASEAN.

Forum ini dibahagikan kepada 5 sesi berdasarkan tajuk-tajuk berikut:

Sesi 1: Peranan Usahawan Belia dalam Perubahan Sosial dan Ekonomi

Sesi 2: Penglibatan Belia dan Sukarelawan dalam Pembasmian Kemiskinan

Sesi 3: Menangani Kemiskinan melalui Pendigitalan

Sesi 4: Belia dan Akses Setara kepada Pendidikan serta Program Kemahiran Hidup

Sesi 5: Revitalisasi Luar Bandar untuk Pengurangan Kemiskinan

Seramai 100 orang delegasi menghadiri mesyuarat 21st ASEAN SOMRDPE dan yang berkaitan daripada negara-negara ASEAN dan negara Campur Tiga.

20241111-SOMRDPE(aiman)-26.JPG

20241112-SOMRDPE(Azin)-14.JPG

Forum berakhir dengan ucapan penutup daripada YM Awang Abdul Walid bin Haji Matassan, Setiausaha Tetap (Perbandaran dan Daerah) Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, selaku Pengerusi Bersama Forum. Dalam ucapannya, beliau telah menekankan dan mengongsikan bahawa salah satu tugas terpenting Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri untuk bergerak ke hadapan adalah memastikan penyediaan sokongan yang diperlukan untuk membantu golongan muda yang juga pembuat perubahan selain menggalakkan penyertaan aktif belia dalam pembangunan luar bandar, pembasmian kemiskinan, dan proses membuat keputusan merentas semua sektor. Sama ada melalui keusahawanan, kepimpinan komuniti, atau advokasi untuk pembangunan mampan, 3 golongan muda mesti diberi setiap peluang untuk menyumbang secara bermakna kepada visi ASEAN yang berdaya tahan.

Attachments
Created at 11/13/2024 10:57 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 11/13/2024 10:57 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim