Pilihan Biskita

 | Sukan

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

 
Angkat Berat


Kedua belah tangan 'S' tapak ke depan paras bahu lalu digerakkan naik ke atas hingga paras kepala.

Badminton


Tangan kanan 'T' pada paras telinga kanan, lalu digerak-gerakkan ke depan dan belakang.

Beregu


Kedua-dua belah tangan 'V', kedua belah tapak tangan menghadap satu sama lain sambil digoyangkan sedikit.

Berenang


Tangan kanan 'V' tapak ke bawah pada paras dada, lalu digerakkan jari sambil tangan dibawa ke depan dan belakang.

Besbol


Kedua-dua belah tangan 'S', tangan kanan pada paras bahu di atas sedikit dari tangan kiri, lalu dihayunkan serentak ke depan pada paras dada.

Bola Jaring


Tangan kiri 'D' tangan kanan 'O' dikenakan pada hujung jari telunjuk kiri.

Bola Keranjang


Tangan kanan '5' tapak ke bawah digerakkan ke kiri dan kanan pada paras perut, kemudian tangan kanan dibawa ke atas pada paras bahu sambil tapak tangan menghadap ke atas, setelah itu digerakkan seperti melambung bola.

Bola Sepak


Tangan kiri terbuka tapak ke atas, tangan kanan '3' tapak ke dalam diletakkan di atas tapak kiri lalu digerakkan keluar seperti menendang bola.

Boling


Tangan kanan buat seperti memegang bola baling, tapak ke depan paras pinggang lalu dihayunkan ke depan.

Golf


Tangan kiri melintang dada tapak terbuka ke atas, tangan kanan 'X' diparas bahu digerakkan secara melengkung ke atas tapak tangan kiri.

Hoki


Tangan kiri 'S' melintang pada paras perut, tangan kiri 'X' pada paras pinggang, buat seakan-akan memegang kayu hoki, kemudian digerakkan ke kiri seperti mengelicik bola.

Juara atau Johan


Tangan 'D' hujung jari tegak ke atas pada paras bahu kanan, lalu digerakkan ke depan.

Judo


Kedua-dua tangan 'S' pada paras bahu kanan, lalu dibawa ke depan dan kedua belah tangan terbuka tapak ke bawah.

Karate


Kedua-dua belah tangan 'S', tangan kanan didepan dengan tapak ke bawah dan tangan kiri pada paras pinggang tapak ke atas, kemudian digerakkan tangan kanan ke paras pinggang dengan tapak ke atas dan tangan kiri ke depan dengan tapak ke bawah.

Ketiga


Tangan kanan '3' buat isyarat 'Juara'

Memanah


Tangan kiri digenggam ke depan, tangan kanan 'V' paras dagu, buat seperti memanah.

Menembak


Tangan kiri 'O' tapak ke atas pada paras dada, tangan kanan 'L' tapak ke dalam, lalu digerakkan ke belakang seperti sedang menembak.

Naib Johan (Kedua)


Tangan kanan 'V' buat seperti isyarat 'Juara'.

Lumba Perahu


Kedua-dua belah tangan 'S' rapat satu sama lain, tapak ke bawah lalu digerakkan ke depan dan belakang diikuti dengan badan.

Permainan


Kedua-dua belah tangan 'G' tapak menghadap sama sendiri, lalu digoyang-goyangkan ke atas dan ke bawah.

Perseorangan (single)


Kedua-dua belah tangan 'D', menghadap antara satu sama lain sambil digoyang-goyangkan sedikit.

Pertandingan


Kedua-dua belah tangan 'D' hujung jari menghadap satu sama lain, lalu digerakkan ke depan dan belakang sedikit.

Piala


Kedua-dua belah tangan'Y' tapak menghadap satu sama lain, ibu jari digerakkan melengkung ke depan secara serentak.

Pingat

Tangan kanan 'C' diletakkan di tengah dada.
Ping pong


Tangan kiri 'O' di tengah dada, tangan kanan 'B' di depan lalu digerakkan ke dalam di atas tangan kiri.

Ragbi


Kedua-dua belah tangan terbuka, tangan kanan paras dada tapak menghadap ke bawah, tangan kiri paras pinggang kanan tapak menghadap ke atas, bengkokkan sedikit jari. Buat seperti memegang bola ragbi.

Sepak Takraw


Tangan '5' tapak ke atas, belakang tangan dikenakan pada dahi kanan kemudian gerakkan melengkung ke depan.

Silat


Kedua-dua tangan terbuka, tangan kiri tapak ke bawah, tangan kanan tapak ke atas kemudian bertukar kedudukan dan bawa tangan kanan ke kiri.

Skuasy


Tangan kanan 'S' di kiri pingging tapak ke atas kemudian digerakkan ke kanan.

Tenis


Tangan kiri '5' tapak ke atas, tangan kanan 'A' paras perut, lalu tangan kiri dinaikkan pada paras bahu dan diikuti tangan kanan digerakkan melengkung naik ke atas.

Tinju


Kedua-dua belah tangan 'S', tapak ke bawah, tangan kiri di atas tangan kanan lalu buat seperti bertinju.

Ski


Kedua-dua belah tangan 'X' siku paras pinggang kiri dan kanan, tapak ke atas lalu digerakkan ke depan dan belakang